Selasa, 17 Jun 2014

LaiciKang Jalanan

Bertandang ke Jitra tak rugi kiranya singgah di bahu jalan bertentangan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahawangsa untuk menikmati LaiciKang Jalanan.


Apa yang menarik ?
Harganya semangkuk cuma RM1 sahaja. Harga bungkus pun RM1. Tak ramai orang boleh berniaga dengan harga sebegini dengan kos hidup yang semakin meningkat serta kadar keuntungan yang kecil. Kualiti hidangan semangkuk memang puas hati seperti harga tiga ringgit. 

Perniagaan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang menjadikan tempat singgah orang ramai. Perniagaan ini diusakan oleh saudara Arshad yang telah berniaga melebihi 13 tahun. 


Kalau hendak seribu daya kalau tak nak tuuu macam macam alasan yang diberikan. Mungkin dengan sikap serius dan kesungguhan saudara Arshad yang sentiasa fokus terhadap jualan laicikang menjadikan perniagaannya yang semakin maju. 

LaiciKang Jalanan turut menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, sambutan aidilfitri & aidiladha, kenduri kesyukuran dan sebagainya.
Bagi mereka yang ingin makluman mengenai LaiciKang Jalanan bolehlah menghubungi saudara

Arshad 012-5643502

atau boleh berjumpa beliau di bahu jalan bertentangan SMK Mahawangsa atau boleh berjumpa beliau di Masjid Sharifah Fatimah Paya Kemunting (orang baik dan alim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan